RSS Feed

WHO AM I !!

Foto saya
Kuala Sungai Baru, Melaka, Malaysia
Kami adalah sebuah syarikat yang menjalankan penternakan ikan keli secara komersial.Kami juga membekalkan ikan keli kepada pemborong dan juga kepada orang yang ingin mendapatkannya. Jika ingin membuat tempahan sila hubungi kami AGROCULTURE!!

INFO MENGENAI IKAN KELI

Posted by: AGRO CULTURE / Category:

Ikan Keli adalah ikan air tawar yang banyak terdapat di negara-negara ASEAN, khususnya di Malaysia. Di sesetengah tempat khususnya di Selangor, ikan keli disebut sebagai "ikan semilang". Bagi orang Perak, ikan semilang hanya hidup di laut.

Ikan keli boleh didapati di kebanyakan sawah padi, contohnya di Terenggan,Kelantan,Pahang, di Paya Pahang Tua, Mambang, Ganchong dan Paloh Hinai, Pekan. Ia juga banyak terdapat di Tasik Chini, Paya Bungor atau Bera. Keli juga menghuni di kuala anak sungai kecil seperti Sungai Lepar di Paloh Hinai hingga ke Jerantut dan Kuala Lipis, selain di Sungai Bera dan Sungai Serting.

Ikan Keli yang dijual di pasar. Antara jenis-jenis ikan keli yang boleh didapati adalah:-

  • Ikan Keli Kayu
  • Ikan Keli Bunga
  • Ikan Keli Eksotika
  • Ikan Keli Limbat
  • Ikan Keli Mata Kati
  • Ikan Keli Rusia
  • Ikan Keli Afrika
  • Ikan ternakan

Ikan keli boleh dipelihara di dalam kolam besar atau sekadar di dalam kolah. Ia mudah membiak dengan memberi makan reja daging ayam, lemak ayam dan sebagainya. Dalam bahasa Jawa dan di Indonesia pada amnya, ikan keli disebut "ikan lele".


0 ulasan: